Wednesday, 28 November 2018

5 Tips Amalan Ibu Untuk Melahirkan Anak Soleh Lagi Hebat

5 Tips Amalan Ibu Hamil untuk Dapat Anak Soleh dan Hebat . InsyaAllah 





Bacaan kekna pagi ni di blog Puan Aminah Sulaiman, founder Quranic Parenting, rasa terpanggil nak kongsi dengan semua.

Walaupun dah hujung kehamilan tapi masih belom terlambat nak praktikkan tips ni, insyaallah.

Uol share siap siap tau supaya tak hilang dan boleh amalkan untuk next kehamilan seawal dapat tahu sedang hamil😊

1- BERDOA

Ibu ibu yang tengah  hamil, banyakkan berdoa untuk anak dalam kandungan dari awal kehamilan. Contohnya doa Nabi Zakaria (rujuk gambar)

Kesan doa yang sama di ulang ulang secara konsisten setiap hari (malah beberapa kali dalam sehari) sangat sangat HEBAT  .

Ibu kene berdoa dalam keadaan yang YAKIN dan SABAR serta bayangkan Allah makbulkan doa kita InsyaAllah.

2-BERSYUKUR

Banyakkan bersyukur  atas kehadiran zuriat. Kita nak wariskan sikap suka bersyukur pada anak dalm kandungan, maka setiap hari ibu perlu bersyukur.

Niatkan ibadah sunat sebagai tanda syukur contohnya solat dhuha.

“Sesungguhnya hanya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

(Surah Ibrahim: 7)

3- SUMBER YANG HALAL

Makan makanan atau suplimen yang HALAL dan TOYYIB ( selamat dan menyihatkan).

Halal dah jelas dan ramai faham.

Toyyib (baik/selamat) ramaiiii lagi belom faham.

Makanan segera dan diproses (termasuk fast food) adalah kategori makanan yang tidak toyyib.

Perbanyakkan mengambil makanan yang bernutrisi tinggi seperti buahan dan sayuran organik, protein Non GMO, elakkan garam putih dan gula putih serta lemak trans juga .

Untuk suplimen, vitamin, ‘skincare’ dan make up pon sama, ibu hamil juga perlu pilih yang terbukti selamat dan tidak memudaratkan anak dalam kandungan. Buat kajian dan study dulu produk sebelum ambil/guna.

Ada sesetengah suplimen/skincare/make up beri kesan mudarat pada otak dan perkembangan baby. So ibu ibu perlu hati2 ye

Sumber yang halal juga bermaksud ibu & bapa menjaga keberkatan hasil (gaji/income) kita seperti tidak ‘mengular’ ketika bekerja, tidak claim yang bukan hak kita. 

4- PERBANYAKKAN AMAL SOLEH

Aktiviti rutin ibu sepanjang hamil mempengaruhi sikap anak bila mereka membesar.

Kalau selalu nya solat wajib selalu di hujung waktu, mengaji al Quran sebulan sekali pon susah, zikir jarang2 sangat , ibu berubah  lah .

Tulis dan niatkan untuk tambah baik kualiti amal soleh (ibadah) sepanjang hamil dan diteruskan selepas bersalin.

Amalan wajib di utamakan dan di awal kan (solat), dan tambah dengan amalan sunat seperti mengaji Al Quran, solat2 sunat Rawatib, Tahajud, Istighfar, Selawat, Sedekah, Tasbih, Tahmid, Takbir dan perbanyakkan memberi manfaat pada orang lain.

Sudah tentu kita nak wariskan amalan yang baik supaya menjadi ikutan anak2 kita kelak, betul?

Jadi , mulakan dari diri sendiri. Bukan ibu je tapi ayah juga perlu beramal😊

5- Niatkan anak untuk Jalan Agama.

Kisah inspirasi, kisah Maryam a.s dari Al Quran di mana ibu Maryam ketika hamil , telah bernazar supaya anak yang dikandungnya mengabdikan diri semata kerana ALLAH bukan pada manusia mahupon material.

Allah menjawab dan menerima nazar si ibu :

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا

“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya..”

(Surah Ali Imran: 37)

Dan jadilah Maryam wanita terbaik yang pernah hidup di zaman nya.

Subhanallah.

Apa yang kita boleh belajar , sebagai ibu dan ayah kita tetapkan misi dan visi untuk masa depan anak kita.

Kita bentuk anak2 sejak dari dalam kandungan dan sentiasa mengharap bantuan ,pertolongan serta rahmat dari Allah falam proses kita mendidik anak2 menjadi hebat cemerlang dunia dan yang lebih penting untuk akhirat.

Semoga bermanfaat.

Jemput kongsikan tulisan tak seberapa ni dengan sahabat sahabat yang sedang hamil.

Semoga ia menjadi asbab pahala yang mengalir tanpa henti buat kita dan family juga💜

Aeinna Musa,
Pon Nak Beramal Juga.
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment